Sesuatu perkara yang sangat menarik berlaku dalam bidang Kejuruteraan Tisu di Institut Perubatan Angkasa Lepas (IAM), Bangalor. Percubaan-percubaan klinikal sedang dijalankan dan sebaiknya ia telah lengkap, prosedur ini boleh meletakkan India ke atas kekaki dalam merawati Osteoartritis, satu penyakit yang paling menyakitkan dan melesukan, dan juga Kanser.
Prosedur - Kuantum Medan Magnetik Resonans Berputar (RFQMR) - adalah satu teknologi yang menghantar gelombang-gelombang kuantum elektromagnetik yang amat kompleks pada spektrum frekuensi radio dan berhampiran (sub-radio), kata Wg Kmdr (Dr) V G Vasishta, profesor dan ketua Jabatan Radio Diagnosis, IAM.
Dengan penggunaan Kejuruteraan Tisu, eksperimen-eksperimen dari Institut telah berjaya memungkinkan untuk meregenerasi tisu-tisu mati, menyembuhkan luka-luka, bertumbuhnya salur-saluran darah baru, bertumbuhnya tulang rawan baru atau memberi pengajaran dalam pengetahuan sel-sel berkanser bertumbuh berganda-ganda dengan pesat.
Wg Cdr Vasishta memberitahu kepada Deccan Herald dan berkata, “RFQMR adalah satu kaedah baru yang digunakan untuk mengubah "cytokinetics" atau pembahagian sel dan proses pertambahan dengan pesat dalam tisu-tisu biologi. Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Lanjutan (CARD) telah membentuk dan memajukan 'Cytotron' pada dua tahun lepas untuk menyampaikan gelombang-gelombang RFQMR.
Satu paten penetapan memadu telah diperolehi pada tahun lepas. Gelombang-gelombang tertumpu akan mengganggu mesej-mesej daripada gen-gen dan mengubah dinamik sel seperti ia mengaktifkan untuk tumbuh semula dalam kes Osteoartritis atau menjalankan kemusnahan yang diperlukan dalam kes-kes kanser.”
Dr Vasishta menambah kata bahawa sel-sel yang sihat dan normal tidak akan terjejas dalam apa-apa cara. “Prosedurnya adalah tidak invasif dan memberi perjanjian dalam rawatan Osteoartritis dan Kanser, termasuk juga kemerosotan macular pada mata dan tinitus (berbunyian berterusan dalam telinga),” katanya.
IAM telah memulakan ujian-ujian percubaan sejak 2 tahun lepas, dan telah mendapatkan persetujuan orang tempatan untuk membenarkan mereka bagi merawati orang awam. “Kita melihat pesakit-pesakit yang menderita dari penyakit membawa maut telah bersembuh. Kita sekarang masuk Fasa-2 ujian-ujian percubaan untuk Artritis dan kita masih dalam pertukaran pendokumentasian.
Setakat ini kita telah merawat kira-kira 250 buah kes Artritis dengan satu kadar kejayaan yang cemerlang. Ujian-ujian percubaan untuk Artritis akan disiapkan pada lewat tahun depan selepas prosedur akan dibuat dan didapati di hospital-hospital terpilih di negara ini,” Wg Cdr (Dr) Vasishta berkata.
Institut telah bermula Fasa-1 untuk rawatan kanser dan telah membawa pesakit-pesakit yang telah siap menjalani pembedahan dan kaedah onkologik dan telah diisahkan menghidap penyakit yang membawa maut.
Apabila ditanya mengapa mereka memilih untuk memulakan mengerjakan perawatan Artritis dan Kanser, Wg Cdr Vasishta berkata, “Kita telah mendengar beberapa eksperimen yang berkaitan dengan kemerosotan tisu. Sepanjang MD saya, pada tahun 80-an, MRI masih adalah perkara baru dan eksperimen-eksperimen di Boston yang telah dijalankan ke atas tikus-tikus telah membuktikan pencantuman semula tulang adalah lebih baik, tetapi kita tidak dapat melakukannya di India.”
Beberapa tahun yang lalu, Dr Vijayakumar, ketua pegawai saintifik, CARD (co-penyiasat) dan Wg Cdr Vasishta (penyelidik utama dalam projek) telah memegang data tersebut dan hasil-hasil akan dipaparkan untuk semua kemudian. Co-penyiasat-penyiasat lain termasuk onco-pakar bedah Gp Capt Dr Rautray dari Command Hospital dan onco-ahli patologi Wg Cdr Cik R Madan.
Bagi menjelaskan kerja mereka setakat ini, Wg Cdr Vasishta berkata, “Kesemua yang kita uruskan adalah mempunyai spektrum elektromagnetik. Kesemua terapi untuk kanser bertindak dengan membedil sel-sel berkanser, tetapi kaedah kita menggunakan satu program sel mati yang tidak bertoksik. Sekali lagi, kita memilih penjanaan tulang rawan semula untuk Artritis di mana tiada sesiapa yang berjaya sebelum ini dan buku-buku teks pula menyatakan tulang rawan adalah tidak dapat ditumbuh semula. Ia merupakan satu cabaran besar.”
Rawatan untuk kes-kes Osteoartritis adalah setengah jam rawatan RFQMR setiap hari selama tiga minggu berturutan. Penilaian Skor Lutut yang bermata 25 selepas pembedahan lutut konventional adalah dikatakan berjaya, pasukan di Institut Perubatan Angkasa Lepas pula telah merekodkan mata untuk Skor Lutut sebanyak 50 mata dan ke atas pada pesakit-pesakit yang telah mereka merawati.
Pada masa RFQMR akan didapati di pasaran kepada beribu-ribu pesakit yang menderita dalam kesakitan, masa itu juga negara akan dapat berdiri tinggi dalam bidang perubatan. Satu keajaiban tengah menunggu untuk berlaku, adakah anda berkata begitu juga?
|