KAJIAN
Halaman Utama | Cytotron | Osteoartritis | Kanser | Rawatan | Pandangan Doktor | Pandangan Pesakit | Kajian | Berita | FAQ | Hubungi Kami
English
PENYELIDIKAN & KAJIAN-KAJIAN KLINIKAL DALAM OSTEOARTRITIS

Silakan ke halaman Penyelidikan & Kajian-kajian Klinikal dalam Kanser

Artikel-artikel berikut adalah hasil-hasil terbitan dari penyelidikan dalam rawatan Cytotron untuk Osteoartritis

Rotational field quantum magnetic resonance (RFQMR) dalam rawatan Osteoartritis sendi lutut
- Indian Journal of Aerospace Medicine (2004)

Rotational field quantum magnetic resonance (RFQMR) dalam rawatan Osteoartritis sendi lutut
Wg Cdr VG Vasishta, Dr RV Kumar, Surg Cdr LJ Pinto
Indian Journal of Aerospace Medicine 2004; 48(2) : 1 - 7

ABSTRAK
Kuantum Medan Magnetik Resonans Berputar (RFQMR) adalah satu teknologi yang dibuat untuk menyampaikan gelombang-gelombang kuantum elektromagnetik yang sangat kompleks pada spektrum frekuensi radio dan yang berhampiran (sub-radio). Gelombang-gelombangnya boleh dikawal dengan tepat dan menumpukan pada tisu-tisu dan seterusnya menjanakan potensi-potensi voltan aliran. Untuk Osteoartritis, aliran ini di dalam sendi menyebabkan pergerakan proton-proton hidrogen di dalam matriks selular (ECM) yang dipuncakan oleh penyelarasan pusingan QMR di dalam atom-atom hidrogen dan merangsangkan kondrosit-kondrosit. Pesakit Osteoartritis yang berumur 35 tahun telah dirawat dengan RFQMR menumpu pada kedua-dua lutut untuk satu jam setiap hari selama 21 hari berturutan. Mereka telah dinilai sebelum, pada saat selepas rawatan dan sebulan selepas rawatan dengan Persatuan Sistem Skroing Lutut dan dinamometri. Terdapat pembaikan yang amat ketara dalam Skor Kesakitan, Skor Lutut Keseluruhan, Skor Kefungsian Keseluruhan, Julat Pergerakan dan dan daya ketegangan (force of extension), selepas rawatan vis-a-vis dan pembaikan ini berterusan apabila penilaian diulangi selepas sebulan. RFQMR adalah satu kaedah rawatan yang berkesan dalam merawati Osteoartritis sendi lutut. (Sila baca Artikel Asal (pdf))

Kesan-kesan Medan Elektromagnetik Berdenyut dalam Artikular Rawan Hialin: Ulasan Kajian-kajian percubaan dan klinikal
- Biomedicine & Pharmacotherapy (2005)

Kesan-kesan Medan Elektromgnetik Berdenyut dalam Artikular Rawan Hialin: Ulasa Kajian-kajian percubaan dan klinikal
M. Fini, G. Giavaresi,A. Carpi,A. Nicolini, S. Setti, R. Giardino
Biomedicine & Pharmacotherapy 59(2005) 388-394

ABSTRAK
Osteoartritis (OA) adalah penyakit sistem otot rangka (musculoskeletal) yang paling biasa dan merupakan suatu akibat dari kejadian mekanikal dan biologi yang menyahstabilkan tisu homeostasis dalam artikul sendi-sendi. Pengawalan kematian dan apoptosis kondrosit, kefungsiannya, gerak balas terhadap rangsangan anabolik dan katabolisme, sintesis atau kemusnahan matriks dan keradangan adalah sasaran yang paling penting bagi rawatan potensi "chondroprotective", bertujuan untuk melambatkan atau menstabilkan perkembangan OA. Walaupun terdapat banyak ubat-ubatan atau pelbagai bahan yang telah diperkenalkan untuk rawatan OA, kebanyakan mereka dapat melegakan kesakitan dan meningkatkan kefungsian mereka, tetapi tidak dapat mengubahsuaikan proses-proses patologi yang kompleks di dalam tisu-tisu ini. Medan elektromagnetik berdenyut (PEMF) mempunyai kesan-kesan fisiologikal pada sel-sel dan tisu-tisu yang telah didokumenkan, ini termasuk upregulation pengekspresian gen ahli-ahli faktor pertumbuhan pengalihan b keluarga hebat ("growth factor b super family"), peningkatan tahap glycosaminoglycan, dan suatu tindakan agen antiinflamasi. Oleh itu, terdapat satu rational yang kuat dalam menyokong penggunaan rangsangan biofizik in vivo bersama dengan PEMF untuk rawatan OA. Akhbar-akhbar selalu memaparkan sesetengah "experimental in vitro" dan data in vivo yang berkaitan dengan kesan PEMF pada artikul tulang rawan. Data-data ini adalah disokong kuat dengan penggunaan klinikal PEMF dalam pesakit-pesakit OA. (Sila baca Artikel Asal (pdf))

 

Medan Elektromagnetik Berdenyut untuk merawati Osteoartritis
- Physiotherapy (2002)

Medan Elektromagnetik Berdenyut untuk merawati Osteortritis
J van Nguyen, R Marks
Physiotherapy August 2002 / vol 88 / no.8

RINGKASAN
Latar Belakang: Osteo-artritis, penyakit sendi yang menyakitkan dan melibatkan kemerosotan perubahan artikul tulang rawan dan tulang subchondral, selalu mengakibatkan kerosakan fungsian secara progresif dan kecacatan. Modaliti khusus yang digunakan oleh pakar fisioterapi yang telah memberi keputusan cemerlang dalam mengurangkan kerosakan sendi dan kesakitan dijumpai pada osteo-artritis adalah medan elektromagnetik berdenyut.

Objektif: Objektif sekarang adalah untuk memeriksa rational, dan potensi keberkesanan, penyelenggaraan medan elektromagnetik berdenyut untuk mengurangkan sakit sendi dan simptom-simptom lain yang berkaitan dengan osteo-artritis.

Kaedah: Kesusasteraan dalam Bahasa Inggeris yang berkaitan telah dikaji secara meluas untuk mengkaji sama ada terdapat perubahan-perubahan dalam kesakitan yang boleh dijangkakan dari penggunaan medan elektromagnetik berdenyut untuk osteo-artritis pada sendi, dan sebabnya.

Keputusan: Penyelidikan asas dan klinikal dalam bidang ini, yang sebilangannya terhad, menyokong penggunaan medan elektromagnetik berdenyut untuk memperbaiki kesakitan dan kecacatan disebabkan oleh osteo-artritis.

Kesimpulan: Penyelidikan asas dan klinikal lanjutan untuk mengesahkan penggunaan medan elektromagnetik berdenyut dalam memudahkan fungsi dan membantu proses-proses pembaikan sendi osteo-artritis, dan juga mengurangkan kesakitan sendi dan ketidakfungsian sendi osteo-artritis telah ditunjukkan.

(Sila Baca Artikel Asal (pdf))

Penggunaan Terapeutik dalam Pendedahan Medan-Magnet: Ulasan

- The Radio Science Bulletin (2003)

Penggunaan Terapeutik dalam Pendedahan Medan-Magnet: Ulasan
Naomi M Schupak
The Radio Science Bulletin No. 307 (December, 2003)

Ini adalah satu ulasan karya dan perbincangan dalam kegunaan Pendedahan Medan-Magnet Berdenyut untuk terapi dan rawatan. Sila rujuk artikel asal.

(Sila Baca Artikel Asal (pdf))

(c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox