BERITA
English
BERITA
Berikut adalah koleksi-koleksi artikel tentang Cytotron terbitan dari pelbagai sumber di sekeliling dunia.

Indeks Berita
Harapan Sembuh (Mac 2008; The Star)
Cytotron - Harapan untuk Osteoartritis (Mei 2007; Global Business Magazine)
Harapan untuk Osteoartritis (April 2007; New Health 100)
Teknologi dalam Melenyapkan Kesakitan (Jan 2006; Living)
Rawatan Cytotron boleh buat Tuntutan Insurans di India (Mac 2007; The Tribune)
IAM Membangunkan Cara Baru untuk Rawatan Kanser (Mac 2006; Deccan Herald)
Keajaiban yang Perlu Anda Tahu (Newsweek Internation Edition)
Kanser: Rawatan Baru di India (April 2006; Red Herring)
Penemuan Penawar Tuntas Kanser (November 2004; City Reporter) (pdf)
Kerahmatan untuk Pesakit Kanser: Pesakit-pesakit Osteoartritis (Julai 2005; The Hindu)

Harapan untuk Osteoartritis

New Health 100  April 2007

(Diterjemahkan dari Artikel Asal Cina)

 

Ramai orang mengalami kesulitan berjalan akibat serangan Osteoartritis. Terdapat sesetengah orang akan memilih menjalani pembedahan bagi menggantikan sendi lama dengan sendi tiruan baru. "New Health 100" mendapati bahawa Care Nexus Sdn Bhd telah mengimport suatu teknologi dari India baru-baru ini, di mana ia adalah teknologi yang paling maju, rawatan tanpa bedah untuk Osteoartritis. Wartawan kita telah menemudugakan En. David Ng, Pengarah Urusan Care Nexus Sdn Bhd. Dr. Ramesan A / L Balakrishna Pillai, berpengalaman dalam merawati pesakit-pesakit Osteoartritis dengan penggunaan teknologi ini, di mana beliau adalah seorang pakar perunding perubatan Care Nexus Sdn Bhd.

Ramai orang akan mengaitkan Osteoartritis dengan faktor penuaan memandangkan kebanyakan pesakit adalah di kalangan warga emas iaitu yang berumur 60 tahun ke atas. Pada hakikatnya, Osteoartritis dapat hinggap pada semua golongan umur. Secara umum, golongan muda yang menghidap Osteoartritis akibat pola hidup yang kurang baik, tidak akan menonjolkan simptom yang ketara. Sememangnya risiko penghidap penyakit ini bertambah seiring dengan peningkatan umur, dengan golongan wanita lebih cenderung menghidapnya daripada lelaki.

Osteoartritis mempunyai nama sebutan yang berbeza di dalam penggunaan bahasa Cina dan merupakan suatu masalah yang lazim di bahagian sendi seperti sendi lutut dan sendi pinggul yang dipuncakan oleh degenerasi tulang rawan mereka.

Tulang rawan sendi adalah tidak mempunyai persarafan. Apabila tulang rawan telah mengalami kehausan atau berkarat kerana kehilangan pelumas, masalah sendi akan muncul dan tulang-tulang pada sendi akan saling bergesel antara satu sama lain, ini mengakibatkan kesakitan (nyeri) dirasai. Pada masa yang sama, jurang antara ruas tulang akan menjadi semakin sempit. Secara beransur-ansurnya, anggota badan akan menjadi lemah dan pesakit akan merasa sakit apabila memanggul beban pada bahagian sendi. Kesakitan yang dialami ini boleh mendatangkan masalah mobiliti serta menjadi suatu bebanan dalam hidup pesakit.

Gejala Klinik

  • Kerap terasa nyeri pada bahagian sendi selepas melakukan aktiviti

  • Kerap terasa kaku pada bahagian sendi apabila berhenti dari melakukan aktiviti

  • Mobiliti atau fleksibiliti sendi dikurangkan

  • Pembengkakan berlaku di sekeliling bahagian sendi

Bagaimana penyakit ini berlaku?

Kebanyakan orang yang mempunyai Osteoartritis akan mengabaikan kesakitan yang berkala pada peringkat permulaan. Dalam tempoh permulaan, kesakitan adalah sementara dan hilang selepas rehat seketika. Apabila penyakit menjadi bertambah teruk, kesakitan dan keletihan akan berlarutan lebih lama. Apabila ia telah sampai ke peringkat teruk, kesakitan akan menjadi tidak tertahan dan kebengkakan akan berlaku.Terdapat sesetengah orang masih tidak tahu penyakit mereka sehingga sakit nyeri dan selepas berjumpa doktor dan disahkan.

Faktor genetik (keturunan) berperanan dalam mempengaruhi munculnya penyakit Osteoartritis sekiranya gaya hidup dan keadaaan persekitaran kerja adalah sama. Risiko juga meningkat dengan bertambahnya usia. Kegemukan dan kecederaan juga menyumbang kemunculan Osteoartritis. Kelebihan berat badan memberikan beban lebih besar pada sendi-sendi yang menahan beban tubuh, menambah kerosakan dan meningkatkan risiko penyakit ini. Tambahan pula, ketegangan berterusan pada sendi tertentu juga dapat meningkatkan risiko penyakit.

Mitos-mitos terhadap Penyakit Osteoartritis

  • Golongan wanita yang baru beranak akan mendapat penyakit ini melalui mandi dan kerja-kerja rumah berlebihan? TIDAK - Wanita yang baru beranak boleh bermandi dengan selamat dan tidak perlu risau akan mendapat penyakit ini.

  • Diakibatkan oleh kekoyakkan otot? TIDAK - Penggunaan sendi-sendi tertentu hanya akan menigkatkan risiko keradangan, tetapi penggunaan otot-otot secara berterusan tidak akan meningkatkan risiko penyakit ini.

  • Herba-herba, gelang gangsa dan terapi magnetik adalah lebih berkesan dan selamat dalam merawati penyakit ini? TIDAK - Hanya disertai dengan bukti saintifik barulah ia boleh diperkatakan ia adalah rawatan yang mujarab dan berkesan.

Menurut Dr. Ramesan, Osteoartritis adalah suatu penyakit yang tidak dapat disembuhi (tetapi ia boleh dirawati) di dunia perubatan dan buku-buku teks. Kebanyakan pesakit bergantung kepada pengambilan ubat dalam jangkamasa panjang bagi melegakan nyeri. Kajian-kajian klinikal Cytotron dalam rawatan Osteoartritis membuktikan dengan jelas bahawa tulang rawan adalah dapat dijanakan semula selepas rawatan. Kajian klinikal ini dicetak dan diterbitkan dalam Jurnal Perubatan Angkasa Lepas India, 48 (2) pada tahun 2004. Keputusan kajian klinikal menunjukkan terdapat 80% penyembuhan, manakala 10% yang lain mempunyai peningkatan penyakit yang ketara. Menurut persefahaman kita, ini adalah satu perkembangan yang mencipta sejarah dalam bidang sains perubatan. Cytotron membawa harapan dan masa depan untuk pesakit-pesakit Osteoartritis.

Care Nexus Sdn Bhd telah berjaya membawa masuk Cytotron ke dalam Malaysia. Pada masa itu hanya terdapat 5 buah mesin sahaja di seluruh dunia. Namun sekarang terdapat 15 buah di merata-rata tempat di dunia. Dengan itu, syarikat telah membawa dan menambahkan pilihan rawatan kepada golongan yang menderita dari Osteoartritis.

En. David Ng, pengarah urusan Care Nexus berkata, “Pengenalan rawatan ini amat diperlukan oleh mereka yang menghidapi penyakit Osteoartritis. Dengan adanya rawatan Cytotron, ramai tidak perlu menjalani pembedahan penggantian lutut dan kesakitan disebabkan penyakit ini berkurangan dan hilang. Kita mengetahui bahawa emak En. David Ng, yang berumur hampir 90 tahun, menghidapi Osteoartritis selama 20 tahun. Salah satu sebab yang mendorong beliau membawa masuk Cytotron ini adalah untuk kesembuhan ibunya.

Menurut Dr Ramesan yang baru balik dari India berkata, kos rawatan Cytotron adalah di bawah jaminan tuntutan skim insurans di India pada masa kini. Ini telah dilaporkan oleh Ludhiana Tribune di India pada bulan Mac 11, 2007. Ini seterusnya menunjukkan kredibiliti dan kebolehterimaan rawatan Cytotron, memandangkan syarikat insurans akan memelihara dan mengekalkan polisi yang paling ketat yang terjamin.

Surgeri Penggantian Lutut

CYTOTRON

Prosedur-prosedur

Pembedahan akan menggantikan sendi asal dengan sendi tiruan berlogam

Menumpukan gelombang pada tempat sasaran dengan frekuensi radio dan frekuensi radio-dekat bagi menjanakan semula sel tisu sendi rawan

Parut Luka

▲▲▲

Kesakitan

▲▲▲

Risiko

++++

+

Kekompleksan

++

Kesan Preventif

▲▲▲

Pemulihan Tisu

▲▲▲▲

 

Maklumat Lanjut dalam Cytotron

Apakah prosedur-prosedur dalam rawatan Cytotron?

Sebelum rawatan Cytotron dibuat, pesakit-pesakit mesti menjalani MRI dan pemeriksaan sinar-X. Rawatan keseluruhan memerlukan 30 minit per sesi untuk 21 hari berturutan.

Apakah kesan yang akan didatangkan oleh RFQMR pada tulang rawan dan sendi?

Dalam 21 hari rawatan ini menetapkan frekuensi tertentu bagi merangsang penjanaan semula sel-sel tulang rawan, ini seterusnya dapat mengujakan proses pembinaan semula tulang rawan. Dalam kebiasaannya selepas 5 atau 6 rawatan, pesakit-pesakit akan mulai merasa kelegaan dan pengurangan sakit, dan juga pemulihan dalam pergerakan sendi akan dirangsang.

Apa kesan-kesan sampingan rawatan Cytotron?

Tiada kesan sampingan diperhatikan dan ditunjukkan dalam 500 orang pesakit yang telah menyertai dalam percubaan-percubaan klinikal dalam tempoh lebih dari 3 tahun. Hanya terdapat segelintir yang mengalami kemerahan dan kesakitan sementara. Ini merupakan suatu respons yang spontan dalam proses pemulaan regenerasi (penjanaan semula).

Apa yang perlu dibuat selepas rawatan Cytotron?

Selepas rawatan Cytotron, makanan tambahan dan senaman adalah diperlukan bagi menyokong penjanaan semula tulang rawan. Rawatan Cytotron adalah mustahak bagi mencetuskan proses penjanaan semula. Namun, makanan tambahan dan senaman juga berpengaruh.Kesakitan mungkin dirasai sepanjang senaman pada peringkat permulaan, tetapi ini adalah tindak balas normal dan kesakitan akan berkurangan secara beransur-ansur. Senaman bersama dengan makanan tambahan dapat terus menggiatkan proses penjanaan semula. Pada akhirnya, pesakit akan memperoleh semula kehidupan berkualiti semula dengan mobiliti bertambah dan kesakitan berkurang.

Berdasarkan prinsip kerja rawatan Cytotron, ia boleh dipergunakan untuk pemulihan tisu, malah juga untuk kemerosotan tisu. Penyelidikan berterusan telah dijalankan untuk mengkaji dari aplikasi Cytotron ke kemerosotan (degenerasi) tisu dalam merawat penyakit tertentu seperti kanser. Rawatan kanser dengan menggunakan Cytotron telah membuktikan hasil-hasil dan kejayaan yang cemerlang. Cytotron boleh dperigunakan dalam merawat kanser pada otak, paru-paru, hati dan pankreas.Penyelidikan dalam bidang ini masih berada pada tahap perkembangan. Keputusan-keputusan bidang ini akan diterbitkan dan dicetakkan kemudian.

 

 

 
(c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox