NEWS
English
BERITA
Berikut adalah koleksi-koleksi artikel tentang Cytotron terbitan dari pelbagai sumber di sekeliling dunia.

Indeks Berita
Harapan Sembuh (Mac 2008; The Star)
Cytotron - Harapan untuk Osteoartritis (Mei 2007; Global Business Magazine)
Harapan untuk Osteoartritis (April 2007; New Health 100)
Teknologi dalam Melenyapkan Kesakitan (Jan 2006; Living)
Rawatan Cytotron boleh buat Tuntutan Insurans di India (Mac 2007; The Tribune)
IAM Membangunkan Cara Baru untuk Rawatan Kanser (Mac 2006; Deccan Herald)
Keajaiban yang Perlu Anda Tahu (Newsweek Internation Edition)
Kanser: Rawatan Baru di India (April 2006; Red Herring)
Penemuan Penawar Tuntas Kanser (November 2004; City Reporter) (pdf)
Kerahmatan untuk Pesakit Kanser: Pesakit-pesakit Osteoartritis (Julai 2005; The Hindu)

Harapan Sembuh (Mac 2008; The Star)
Penjelajahan kemunculan kaedah rawatan baru dan berbeza
KESENIAN PENYEMBUHAN
OLEH DR AMIR FARID ISAHAK
 

 

SEJAK permulaan 2008, saya telah diperkenalkan beberapa bidang penyembuhan yang menarik dan ini telah membuat saya mulai menaruh harapan dan lebih optimistik terhadap seputar penyakit kanser dan metabolik/ degenerasi yang banyak mempengaruhi kehidupan kita, di mana kita masih mempunyai harapan dengan berkat kepintaran manusia yang telah menyelamatkan kita daripada punca kesengsaraan kita.

Pelbagai konsep, kaedah dan mesin penyembuhan penyakit tersebut melingkungi penggunaan tenaga skalar yang masih baru, ubat-ubatan yang berdaftar, pengaturcara DNA semula, dan Kuantum Medan Magnetik Resonans Berputar (RFQMR) yang berjuta-juta ringgit. Di sini saya akan memperkenalkan dua di antaranya dan yang lainnya akan diterangkan pada masa kelak.

Tenaga Skalar 

Tenaga skalar adalah disifatkan sebagai “gelombang-gelombang kekal” atau tenaga gelombang yang tidak bergerak dan tidak berkelakuan seperti gelombang-gelombang elektromagnetik.

Mereka adalah terhasil secara semulajadi apabila dua “imej cermin” gelombang-gelombang elektromagnetik saling membatalkan kutub-kutub antara satu sama lain (apabila gelombang-gelombang ini bergema, mereka akan memperbesar antara satu sama lain).

Tenaga skalar adalah dianggapkan berkebolehan meresapi seluruh dunia dan setiap sel badan kita, dan dapat mempengaruhi kesihatan badan kita secara positif.

Disebabkan ia adalah tenaga yang statik, tenaga skalar adalah tidak dapat dikesan oleh peralatan saintifik umum. Walau bagaimanapun, masih terdapat sesetengah mesin dikatakan berkemampuan dalam mengesan tenaga skalar. Fotografi Kirlian dan GDV (paparan pelepasan gas) diperkatakan mampu mengesan tenaga skalar walaupun kaedah-kaedah yang diguna dan terlibat hanya mencadangkan bahawa pada halnya mereka cuma dapat mengesan tenaga bio-elektrik (pembesaran tinggi).

Disebabkan ketidaktentuan kesifatan dan perlakuannya, pengetahuan dalam tenaga skalar masih kabur dan tidak telus, walaupun penyokongnya telah meramalkan bahawa kita tidak perlu bergantung kepada penggunaan dan pengambilan ubat-ubatan lagi pada masa yang akan datang dengan kehadiran penggunaan teknologi tenaga skalar. Ini merupakan satu ancaman besar kepada syarikat-syarikat ubat-ubatan, namun ia merupakan suatu kerahmatan besar kepada manusia.

Malangnya, seperti daya nuklear, ia juga boleh dipergunakan menjadi senjata-senjata untuk melakukan pemusnahan secara meluas.

Loket Kuantum

Keminatan saya mula timbul apabila dua kawan-kawan saya melaporkan bahawa ibu mereka yang telah lama menderita daripada strok (angin ahmar) dan perlu ditolak dengan kerusi roda, keadaan mereka telah bertambah baik sejak mulai memakai loket kuantum yang diperbuat daripada campuran mineral-mineral gunung berapi.

Saya juga mendapati bahawa terdapat beratus-ratus orang juga telah banyak dimanfaatkan dengan pemakaian loket ini, sebagai contoh, badan menjadi lebih bertenaga dan bersemangat, kesakitan berkurangan, ketegangan dan kesakitan kepala berkurangan , dan tidur menjadi lebih berkualiti dan baik.

Banyak ahli-ahli atlet dan pemain-pemain golf memakai loket ini untuk meningkatkan prestasi mereka, dan sesetengah ibu melaporkan bahawa kanak-kanak hiperaktif mereka menjadi lebih tenang dan baik setelah memakai loket.

“Kuantum loket” ini dikatakan dapat memancarkan tenaga skalar yang bertindak sebagai tenaga penyembuhan untuk sel-sel, dan dapat mencetuskan proses penyembuhan selanjutnya meskipun telah berhenti bertahun-tahun.

Tenaga skalar juga dapat memperbaiki kualiti-kualiti air dan makanan, dan terdapat banyak testimonial daripada mereka yang meminum air tenaga-skalar ini, termasuk pemulihan seorang wanita yang bermasalah mandul!

Mineral-mineral yang dikeluarkan oleh tenaga skalar juga digunakan dan dibenamkan ke dalam termos, gelang dan jam tangan. Dengan demikian ini, sememangnya terdapat banyak manfaat yang boleh diperolehi dari tenaga ini.

Tenaga skalar adalah mirip dengan qi – daya penyembuhan hidup, dan saya telah mulai membuat kajian terhadapnya.

Suatu pencarian di laman web mendedahkan bahawa aliran sains utama menganggapkan ia sebagai “pseudosains” (sains palsu), dan itu tidak sebegitu memeranjatkan, kerana qi juga merupakan pseudosains – sesuatu yang wujud hanya bagi mereka yang mempercayainya, tetapi tidak diterima oleh komuniti saintifik.

Saya sebagai seorang saintis yang mampu merasai dan mengawalnya, qi adalah wujud dan bersifat saintifik bagi saya, dan saya dapat pasti ia juga dianggap benar bagi mereka yang pernah merasai kewujudannya dengan pengalaman sendiri.

Dan dengan pastinya juga untuk beribu-beribu orang yang telah disembuhkan melalui senaman qigong apabila ubat moden tidak mampu menyembuhi mereka lagi.

Tenaga skalar adalah sememangnya amat berbeza dengan spektrum elektromagnet yang kita selalu dengar, dan sangat mirip dengan qi. Sebenarnya, qi mempunyai kedua-dua ciri skalar dan kuasa-kuasa elektromagnetik.

Apabila terkenang kembali cakera vivifier yang menggambarkan bagaimana ia telah banyak membantu ramai orang pulih dari penyakit dan bagaimana ikan air tawar dapat hidup di dalam air masin vivified yang telah saya karangkan.

Vivifier ini adalah juga terdiri daripada mineral-mineral dan hablur-hablur, tetapi harganya lebih mahal. Ia juga bertindak melalui penggunaan tenaga skalar. Dengan demikian itu, kesan-kesan positif daripada tenaga skalar telah menawarkan suatu cara alternatif penyembuhan yang lebih murah.

Cytotron 

Cytotron (Kuantum Medan Magnetik Resonans Berputar – Alatan RFQMR) telah direka oleh ahli biofizik/ radiobiologi Dr Rajah Vijay Kumar dari Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Lanjutan (CARD) di Bangalor, India.

Ia menggunakan gelombang-gelombang elektromagnetik dan bidang-bidang magnetik yang kuat untuk mengubahsuaikan cas elektrik membran sel (potensi trans-membran) bagi memulihkan regenerasi dan pembaikan tisu untuk merawat penyakit-penyakit kronik atau degenerasi seperti penyakit Artritis.

Ia adalah amat berkesan dalam menyembuhkan keadaan penyakit tertentu, contohnya kecederaan lutut dengan melalui perangsangan proses regenerasi (penjanaan semula) tisu tulang rawan, sesuatu yang sukar dicapai dan diperlakukan.

Ia juga boleh diaturcarakan (diprogramkan) bagi menyebabkan kerosakan sel secara terpilih, dan menjadi suatu senjata yang kuat dalam melawan kanser. Rawatan itu adalah tidak invasif, tidak menyakiti dan bebas daripada kesan sampingan.

Mesin ini adalah sejenis "state-of-the-art" alat pengkomputeran kecil yang mirip dengan mesin MRI yang biasa kita dengari, yang membezakan ialah mesin ini adalah dipergunakan dalam rawatan ini.

Mesin pertama akan didapati di pasaran Malaysia tidak lama kemudian, dan diharapkan ia dapat membantu pelbagai golongan pesakit Kanser, Artritis dan lain-lain.

Walaupun kajian-kajian klinikal awal menumpukan perhatian pada rawatan Artritis dan Kanser, ia dijangkakan bahawa ia juga berguna bagi merawati penyakit-penyakit lain seperti, penyakit jantung – merangsang faktor pertumbuhan angiogenik dan mempromosikan pertumbuhan saluran darah jantung dan periferal; kencing manis dan neuropati pesakit kencing manis; mengurangkan kesakitan dan kecacatan yang disebabkan oleh trauma; sindrom karpel terowong; migrainl; epilepsi; tinitus; osteoporosis; penyembuhan luka; dan banyak lagi.

Tumpuan saya berfokuskan kepada penggunaannya dalam menentang atau melawan kanser. Cytotron menggunakan satu pendekatan yang berbeza berbanding dengan rawatan-rawatan kanser umum (konventional).

Sinaran pengionan frekuensi tinggi digunakan dalam radioterapi, manakala Cytotron menggunakan kuasa rendah, tidak bersifat mengionkan, gelombang-gelombang elektromagnetik yang bukan germa telah dibuktikan selamat dan berkesan dalam kajian-kajian klinikal.

Terapi kanser Cytotron ini tidak bermatlamat memusnahkan sel-sel kanser dengan segera, tetapi memperhentikan proses mitosis yang tidak terkawal, meletakkan sel dalam keadaan vegetatif dan seterusnya akan mati melalui apoptosis (program sel mati).

Kita telah mengetahui bahawa potensi sel-sel trans-membran berpengaruh dramatik ke atas kefungsian sel-sel, dan potensi trans-membran sel-sel kanser adalah amat rendah.

Terapi Cytotron dapat menambahkan potensi trans-membran sel-sel kanser daripada julat -20 mV yang tidak sihat ke julat -90 mV yang sihat.

Perubahan ini membolehkan sesetengah fungsi-fungsi normal sel kembali diaktifkan dan proses mitosis sel yang tidak terkawal berhenti.

Satu kajian klinikal telah dilakukan pada lebih daripada 100 orang pesakit-pesakit kanser peringkat lewat. Selepas rawatan Cytotron dijalani, hasil-hasil yang didapati adalah seperti berikut:

  • 90% kelegaan bersimptom (contohnya, mengurangkan kesakitan, tidak perlu bantuan ubat penahan sakit, berat badan tidak menurun dengan ketara lagi dll)
  • Dalam kebanyakan pesakit, ketumbuhan dan perkembangan tumor telah dihentikan atau diterbalikkan
  • Lebih daripada 60% telah terselamat lebih daripada satu tahun
  • Lebih daripada 35 % telah kembali hidup normal dan bebas dari serangan balik kanser selama dua tahun
  • Hasil terapi Cytotron sememangnya amat cemerlang. Kesemua pesakit adalah pada peringkat lewat. Ia dijangkakan bahawa pesakit kanser yang bukan pada tahap genting, iaitu peringkat lewat, akan mempunyai keputusan yang lebih menggembirakan.
  • Meskipun terdapatnya mesin-mesin yang canggih malah mahal yang dapat membantu kita dalam merawati penyakit-penyakit tersebut, diingatkan di sini bahawa langkah pencegahan adalah langkah bijak yang patut kita ikuti. Untuk ini, saya mencadangkan anda mengamalkan senaman qigong sebagai sebahagian strategi anda.
 
(c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox