FAQ
Halaman Utama | Cytotron | Osteoartritis | Kanser | Rawatan | Pandangan Doktor | Pandangan Pesakit | Kajian | Berita | FAQ | Hubungi Kami

English
FAQ
Berikut adalah kemusykilan yang paling kerap dipersoalkan tentang Cytotron dan pengaplikasiannya. Sekiranya anda mempunyai sebarang pertanyaan atau persoalan lanjutan, sila hubungi kami melalui panggilan atau email.

Penerangan Doktor
(Sila klik pada tanda 'play' pada skrin untuk tayangan)

Dapatkan Flash untuk tayangan video berikut.

 

Apakah jenis artritis yang dapat dirawati melalui rawatan Cytotron?

Rawatan Cytotron telah digunakan ke atas pesakit-pesakit Osteoartritis dalam percubaan-percubaan klinikal. Kebanyakan keadaan penyakit adalah berkaitan dengan kecederaan atau kemerosotan tulang rawan dan telah memberi tindak balas ketara dengan rawatan Cytotron. Rawatan Cytotron boleh digunakan pada kedua-dua lutut, pinggul, bahu, atau siku.

 

Apakah jangkahasil pada tulang rawan dan keadaan keseluruhan pada sendi dengan rawatan Cytotron?

Respond positif daripada pesakit-pesakit termasuk keringanan kesakitan yang ketara dan pembaikan dalam pergerakan selepas 10-15 sesi rawatan. Pada sesi 21 yang terakhir, pesakit-pesakit akan rasa lega dan tiada kesakitan lagi dan tidak perlu bergantung kepada ubat tahan sakit lagi. Mobiliti sendi akan bertambah baik dan nyata. Kesan penjanaan semula pada tulang rawan dijangkakan akan terus-menerus meskipun tempoh rawatan telah berakhir. Sesi-sesi rawatan selama 21 hari akan mencetuskan proses penjanaan semula dengan meningkatkan potensi membran sel ke suatu tahap di mana pusat perintah dan kawalan berkemampuan dalam pengawalan proses pembahagian sel-sel.

 

Bagaimanakah proses rawatan Cytotron berlaku?

Bagi menentukan kesesuaian rawatan Cytotron, kita memerlukan dokumen-dokumen yang mengandungi maklumat peribadi pesakit seperti umur, jantina, berat badan dll, diagnosis dan prognosis penyakit yang dihadapi berdasarkan laporan penyakit yang sedia ada, terapi-terapi yang telah digunakan dan hasil yang perolehi, riwayat penyakit secara lengkap (keadaan semasa pesakit disertakan dengan simptom-simptom secara terperinci), hasil percubaan dan imej-imej diagnostik seperti MRI (Magnetic Resonans Imaging), sinar- X dll. Penilaian awal akan dibuat ke atas keadaan pesakit, dan janji temu dengan doktor kita akan dibuat selanjutnya bagi membincangkan perkara-perkara dan hasil-hasil yang dijangkakan dalam rawatan ini sekiranya RFQMR diaplikasikan.

 

Apakah kebaikan yang dapat diperoleh dari rawatan ini?

Seperti apa yang dilaporkan dalam Jurnal Persatuan Perubatan Angkasa Lepas India oleh Wg Cdr VG Vasishta, RV Dr Kumar, dan Surg Cdr LJ Pinto, pesakit-pesakit Osteoarthritis yang dirawati dengan QMR yang telah dinilaikan dengan menggunakan Persatuan Lutut Scoring Sistem dan dinamometrik. Terdapat peningkatan yang ketara dalam penilaian-penilaian Skor Kesakitan, Skor Keadaan Lutut Menyeluruh, Skor Peroperasian Menyeluruh, Julat Pergerakan dan Daya Regangan. Kemajuan tahap kesembuhan akan berterusan dan meningkat meskipun rawatan Cytotron telah berakhir.

 

Apa kesan sampingan rawatan Cytotron pada pesakit-pesakit artritis?

Tiada sebarang kesan sampingan yang dapat diperhatikan di kalangan 500 orang pesakit-pesakit yang telah terlibat dalam percubaan-percubaan klinikal dan rawatan. Setelah 3 tahun lebih tiada kesan sampingan ketara dapat diperhatikan di antara 500 pesakit-pesakit yang telah menyertai dalam percubaan-percubaan klinikal dan rawatan. Hanya segelintir sahaja yang mengalami kemerahan pada kulit sementara dan merasa terdapat sedikit gatal pada kulit sementara.

 

Adakah rawatan ini menyakiti?

Tidak, rawatan ini adalah tidak menyakiti. Pesakit boleh sambil mendengar muzik, menonton televisyen atau membaca di sepanjang rawatan dijalankan.

 

 
 
(c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox