BERITA

English
BERITA
Berikut adalah koleksi-koleksi artikel tentang Cytotron terbitan dari pelbagai sumber di sekeliling dunia.

Indeks Berita
Harapan Sembuh
(Mac 2008; The Star)
Cytotron - Harapan untuk Osteoartritis (May 2007; Global Business Magazine)
Harapan untuk Osteoartritis (April 2007; New Health 100)
Teknologi dalam Melenyapkan Kesakitan (Jan 2006; Living)
Rawatan Cytotron boleh buat Tuntutan Insurans di India (Mac 2007; The Tribune)
IAM Membangunkan Cara Baru untuk Rawatan Kanser (Mac 2006; Deccan Herald)
Keajaiban yang Perlu Anda Tahu (Newsweek Internation Edition)
Kanser: Rawatan Baru di India (April 2006; Red Herring)
Penemuan Penawar Tuntas Kanser (November 2004; City Reporter) (pdf)
Kerahmatan untuk Pesakit Kanser: Pesakit-pesakit Osteoartritis (Julai 2005; The Hindu)

Rawatan Cytotron boleh buat Tuntutan Insurans di India

As reported by 1888PressRelease on 27 March 200

 

Cytotron RQFMR adalah suatu rawatan untuk Osteoartritis yang tidak invasif dan telah diinsuranskan di India di mana ia adalah perlindungan insurans pertama untuk teknologi baru yang menarik ini.

Ludhiana, India Mac 10 - Pegawai kerajaan insurans yang berkuasa ke atas Punjabi, Haryana, Himachal Pradesh, Jammu, Kashmir dan Chandigarh telah membuat satu pembicaraan yang adil dan sewajarnya dalam kes dua orang pesakit Artritis yang menjalani rawatan Cytotron. Somnath Gupta dan isterinya Swaran telah membuat rawatan Cytotron untuk Artritis lutut mereka di Sibia Medical Centre, Ludhiana. Tuntutan perubatan untuk rawatan ini telah dibangkang oleh Gabungan Syarikat Insurans India disebabkan kos rawatan jenis ini adalah terkecuali dari tuntutan. Tetapi akhirnya pegawai kerajaan insurans, Chandigarh, telah membuat pertimbangannya yang adil dan saksama untuk hak-hak mereka semalam.

Berdasarkan maklumat yang dikemukakan oleh pihak menuntut, pihak penanggung insurans dan pendekatan secara teknikal dari Dr Sibia, hakim telah memutuskan bahawa tuntutan adalah wajar dan munasabah, sama seperti tuntutan untuk penyakit lain. Kemasukan wad dalam terapi Cytotron ini adalah bergantung kepada keadaan dan keperluan penyakit.

Pengadilan lanjutan juga menjelaskan bahawa bayaran untuk tuntutan terapi Cytotron adalah berpatutan meskipun tiada masuk wad sepanjang rawatan kerana ia adalah dirangkumi secukupnya di bawah fasal 2.3 (a) memberi perlindungan untuk rawatan-rawatan yang membabitkan infrastruktur khusus yang sedia ada di dalam hospital dan 2.3 (b) memberi perlindungan untuk rawatan-rawatan yang termasuk kemasukan wad kurang daripada 24 jam disebabkan oleh kecanggihan teknologi. Kecanggihan teknologi ini menggunakan gelombang-gelombang elektromagnetik berkuasa tinggi dalam memulihkan dan merawati pesakit-pesakit Osteoartritis dan Kanser telah menunjukkan hasil-hasil yang positif dan merupakan suatu kemajuan besar dalam perkembangan bidang sains perubatan.

“Kecanggihan alatan ini telah dicipta oleh Ketua Saintis dari Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Lanjutan, Bangalor, iaitu Dr Rajah Vijay Kumar yang dapat mengeluarkan gelombang-gelombang Kuantum Magnetik Resonans yang berintensiti tinggi dari 288 pucuk senapang khusus yang berkeupayaan menumpu pada tisu-tisu tertentu yang dikehendaki. Ini bermatlamat untuk meregenerasikan dan memperbaiki tulang rawan yang bermasalah pada pesakit-pesakit Artritis. Dalam kes Kanser, ia bertindak dengan merintangkan atau menghentikan pertumbuhan tumor maglinan (berkanser)”. Hakim tersebut juga berkata, tuntutan-tuntutan seumpama ini adalah telah diluluskan oleh Syarikat Insurans Antarabangsa dan ini termasuk juga kerajaan Punjabi. Maklumat lanjutan adalah sedia ada.

 
(c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox