CYTOTRON

English
CYTOTRON

Cytotron adalah nama niaga bagi peralatan  Rotational Field Quantum Magnetic ResonanceRFQMR yang dibangunkan oleh bahagian Scalene Cybernetics dari Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Lanjutan/ Centre for Advanced Research and Development (CARD) di Bangalor, India. Care Nexus Sdn Bhd telah membawa teknologi Cytotron masuk ke Malaysia pada bulan November 2006; Rawatan Cytotron ini adalah bermula pada bulan December 2006. Ia adalah suatu peralatan baru yang dibangunkan bermatlamat untuk Pemulihan, Penjanaan dan Pembaikian Tisu bagi merawati penyakit-penyakit yang kronik atau teruk seperti KanserArtritis. Keistimewaan rawatan ini adalah tidak invasif, tidak menyakiti dan bebas dari kesan sampingan. Kajian klinikal telah membuktikan bahawa rawatan Cytotron amat berkesan dalam merawati keadaan tertentu seperti kecederaan lutut melalui penjanaan semula tisu-tisu rawan.

Cytotron Sinopsis
(Sekiranya video tidak dapat ditayangkan, sila klik pada tanda 'play' pada skrin)

Dapatkan Flash untuk paparan video berikut.

 

Pencipta dan Sejarah Cytotron

Cytotron adalah diasaskan oleh Mr Rajah Vijay Kumar dari India.  Dr. Kumar adalah seorang saintis dan pakar dalam Kejuruteraan Tisu, Pemerolehan Biologikal Data Kadar Pantas, dan Modeling dan Simulasi Sistem Kardiovaskular.

Cytotron berdasarkan teori sains Kuantum Medan Magnetik Resonans Berputar/ Rotational Field Quantum Magnetic Resonance (RFQMR).  Pada 1987, Dr. Kumar bermula merintis jalan dan bergiat cergas ke dalam RFQMR bagi memenuhi ijazah kedoktorannya. Tesis Ph.D. beliau bertujuan untuk membentuk sesuatu jasad yang berpotensi bagi membina semula (tumbuh atau halang tumbuh) tisu. Ini seterusnya telah mendorong dan menapak langkahnya dalam usaha pembangunan dan pembentukan Cytotron.

Sejak dari lebih 10 tahun lalu (1996 – sekarang), Dr. Kumar telah bertungkus-lumus sepanjang masa dalam membuat penyelarasan, pengubahsuaian dan penyelenggaraan terhadap pengaplikasian Cytotron ke suatu tahap yang boleh dibanggakan. Ia memerlukan suatu usaha yang rumit dan banyak selok-beloknya.  Percubaan klinikal pertama telah diusahakan dalam penjanaan tisu-tisu rawan untuk rawatan Osteoartritis. Percubaan klinikal Cytotron dalam Fasa I dan Fasa II telah berjaya dilakukan dengan penyertaan lebih daripada 500 orang pesakit Osteoartritis.  Fasa I telah dicetak dan diterbit dalam Jurnal Perubatan Angkasa Lepas India. Manakala Fasa II pula telah dibuat dan akan dicetak dan diterbit dalam jurnal saintifik tidak lama kemudian.

Seperti apa yang telah diterangkan oleh Dr. Kumar dalam penerbitan buku beliau yang bertajuk "Cytonics - A Mystery of the Living Cell" (Cytonics - Kemisterian Sel Hidup), prinsip RFQMR adalah berdasarkan pencetusan pembahagian sel atau penyekatan pembahagian sel. Dengan itu, RFQMR mempunyai kegunaan dengan luasnya untuk banyak bahagian badan kita dan pelbagai jenis penyakit. Kajian terkini menumpukan pada rawatan kanser melalui penggunaan Cytotron.  Menurut Dr. Raymond Damadian, pengasas alat pengimbas MRI, Usaha dan sumbangan Dr. Kumar secara terus-menerus telah membawa dan memakbulkan harapan murni hidup kita…penghasilan teknologi baru ini disertai dengan teknologi pengesanan MR telah mewajahi langkah dan kemampuan dalam pembanterasan penyakit.” Seiring dengan arus pemodenan, pelbagai usaha juga telah diperuntukkan dalam mengubati Sklerosis Berbilang (Multiple Sclerosis).

Terapi Cytotron menggunakan teknologi canggih, QMR berdasarkan penggunaan Kejuruteraan Tisu, dalam meregenerasikan tulang rawan sendi. QMR dapat meregenerasikan kemerosotan tulang rawan dan melegakan kesakitan kronik dan kecacatan sendi melalui gelombang-gelombang Kuantum Elektromagnetik Resonans Berputar yang berfrekuensi berlainan dan tidak invasif. Kerosakan sendi atau lutut boleh diselamatkan dengan cara penggantian melalui pembedahan. Kekuasaan tinggi gelombang-gelombang Kuantum Elektromagnetik Resonans Berputar dalam QMR berkebolehan dalam menumpukan arus gelombang menjadi 'tertumpu' pada suatu tapak yang tertentu dan tapak yang perlu dirawati.

Teknologi Kuantum Medan Magnetik Resonans Berputar/ Rotational Field Quantum Magnetic Resonance (RFQMR) adalah menggunakan gelombang-gelombang kuantum elektromagnetik yang berkompleksan tinggi pada spektrum frekuensi sub-radio dan frekuensi terdekat dengan radio (near-radio). Gelombang ini dikawal rapat dan ditumpukan pada tisu-tisu bagi menyelaraskan pemutaran proton sel-sel dalaman dan luaran dan seterusnya dapat menjanakan potensi voltan aliran. Ini membolehkan potensi membran sel dapat diselaraskan dan pusat "Arah dan Kawal" pada sel-sel tisu sasaran dapat merangsangkan pertumbuhan tulang rawan.

Bagaimana CYTOTRON berfungsi dalam Penjanaan Tulang Rawan?

Seperti tisu-tisu lain, tulang dan tulang rawan biasanya dibentuk dan dimusnahkan oleh pelbagai pengaruh metabolik dan fizikal secara berterusan. Perangsang utama dalam pembentukan tulang dan tulang rawan adalah bergantung kepada ketegangan atau kemampatan yang diterima. Ini dapat menjelaskan mengapa tulang akan mengalami atrofi seperti rasa kenirberatan semasa pengembaraan angkasa atau rasa keimmobilisasi dalam kas (bersimen). Pemancaran isyarat akan terjejas oleh kecederaan sendi yang diakibatkan oleh kesan trauma atau penyakit seperti Osteoartritis.

Rekaan QMR ini dapat menghasilkan isyarat-isyarat dalam merangsang dn menggiatkan kerja-kerja penjanaan semula meskipun dalam keadaan rehat atau pegun. Melalui penginduksian putaran (spin) ke dalam atom-atom hidrogen, keupayaan penjurusan (streaming) dapat dihasilkan ke dalam matriks selular tambahan (Extra Cellular Matrix - ECM) apabila tulang atau tulang rawan dikenakan beban.

 

(c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox