BERITA |
||
|---|---|---|
Halaman Utama | Cytotron | Osteoartritis | Kanser | Rawatan | Pandangan Doktor | Pandangan Pesakit | Kajian | Berita | FAQ | Hubungi Kami |
||
BERITA Berikut adalah koleksi-koleksi artikel tentang Cytotron terbitan dari pelbagai sumber di sekeliling dunia. |
||
Indeks Berita |
Kanser: Rawatan Baru di India Parthasarthy Rengarajan, seorang Pakar Tekak, Telinga dan Hidung (ENT) di Bangalor, keluar dari klinik selepas merawati lebih dari 30 pesakit-pesakit, senyuman terpancar, dan bersedia untuk memandu pulang rumah. Tiada orang dapat menduga bahawa doktor ini yang berumur 57 tahun telah didiagnosis menghidapi kanser otak yang agresif iaitu glioblastoma multiforme pada 18 bulan yang lalu.
|
![]() |
Setelah kehilangan kesemua harapan dengan rawatan umum, beliau memutuskan bahawa ingin mencuba suatu rawatan baru yang telah diuji tempatan - dan ia memang berkesan dan Dr. Rengarajan telah kembali bekerja dan melakukan kerja pembedahan pesakit-pesakit beliau dalam jangka masa pendek. “Saya telah sembuh sepenuhnya dengan lebih daripada 80% tiada tanda pengulangan akan berlaku," katanya. Dr. Rengarajan dan pesakit-pesakit tahap lewat lain yang telah terselamat dan dapat hidup lebih daripada jangka masa yang dijangka oleh doktor, ingin berterima kasih kepada teknologi baru ini yang dikenali sebagai RFQMR (Rotational Field Quantum Magnetic Resonance). RFQMR adalah menyerupai dengan MRI (magnetic resonance imaging) konventional, hanya cara serangannya ke atas tumor-tumor adalah berlainan. Disebabkan ketiadaan kumpulan kawalan dalam Percubaan Fasa I, maka tidak dapat membuat bandingan antara keputusan RFQMR dengan terapi konventional, perbandingan data tidak akan wujud melainkan dibuat dalam Percubaan Fasa II. Walau bagaimanapun, terapi baru ini menghasilkan keputusan lebih cemerlang berbanding dengan rawatan kemoterapi dan terapi radiasi/ sinaran (radioterapi) dalam mengubati pesakit-pesakit, pihak lawan yang kuat. Tambahan pula, kos rawatannya hanya satu perempat daripada kos bayaran kemoterapi, kata Rajah Vijay Kumar, Ketua Pegawai Saintifik di Pusat Scalene Cybernetics untuk Pusat Penyelidikan dan Perkembangan Lanjutan. Kecanggihan RFQMR dan terapi-terapi yang lebih maju, kaedah yang lebih mudah harga bayarannya dalam mendiagnosis kewujudan kanser pada awal adalah amat dialu-alukan di India, di mana sebanyak 700,000 kes baru kanser dapat dikesan setiap tahun. Kira-kira 50% pesakit meninggal dunia sekarang, separuh daripada kadar kemandirian pesakit-pesakit kanser di negara-negara maju. Lebih daripada 75 peratus kes-kes kanser di India adalah dikesan terlalu lewat. Kekurangan kesedaran, kemiskinan, dan kekurangan cara-cara diagnostik yang murah secara keseluruhan adalah faktor-faktor dalam menyumbang lingkaran berbahaya ini. Walaupun pertumbuhan sektor bioteknologi di India adalah begitu pesat, di mana $9 bilion dilaburkan untuk tahun 2008, namun negara India masih tidak mempunyai sebuah syarikat yang menjual produk diagnostik kanser pada dewasa ini. Kebanyakan kerja negaranya adalah berkaitan dengan penyelidikan kontrak untuk firma-firma yang lebih besar di negara-negara lain. “Penggunaan sains canggih dalam diagnostik-diagnostik molekul baru dimulakan baru-baru ini,” kata BV Ravi Kumar, pengarah urusan XCyton, sebuah syarikat diagnostik di Bangalor. Perbelanjaan untuk rawatan kanser selalu dikaitkan dengan penjualan aset seperti rumah, tetapi RFQMR dan ujian diagnostik baru ini adalah tidak mahal dan orang tidak meliur melihat, malah mampu memberi impak yang mengagumkan meskipun ia masih baru di pasaran. Hasil Kaji Selidik Tumor Malignan (Kanser) En. Kumar telah mengkaji RFQMR lebih dari satu dekad tetapi bermula membuat kajian ke atas sel-sel kanser hanya apabila mendapati ia telah mendatangkan impak ketara ke atas pesakit-pesakit Osteoartritis yang dikaji bersama dengan VG Vasishta dari Institut Perubatan Angkasa Lepas (IAM) di Bangalor. “Kita mendapati bahawa tulang rawan dalam sendi boleh dijana semula, dan telah membuktikan kesilapan buku-buku teks,” kata Mr. Kumar. Oleh itu, Mr. Kumar telah mencipta sebuah alatan yang bernama Cytotron, menggunakan gelombang-gelombang elektromagnetik untuk mensasarkan ketumbuhan tumor. Gelombang-gelombang tersebut dapat meningkatkan voltan elektrik sel membran yang jatuh ke atas sel-sel kanser apabila mereka merebak menjadi maglinan (kanser). Apabila aras voltan meningkat ke paras normal, kitaran sel semulajadi iaitu apoptosis akan kembali disambung dan seterusnya pertumbuhan tumor dapat dikawal. Hal intelektual Cytotron adalah terlindung di bawah satu perjanjian Hasil Kerjasama Paten dan menjadi rekaan baru dan pertama, menurut Mr. Kumar yang menggunakan nuklear gema untuk kejuruteraan tisu in-vivo. Gelombang-gelombang frekuensi berbilang dari julat 400 hertz ke 100 kilohertz. Ia berfungsi berdasarkan prinsip bahawa setiap struktur hidup dengan struktur tidak hidup mempunyai frekuensi semulajadi tertentu dan mereka dapat berhubung antara satu sama lain meskipun tiada persentuhan fizikal. Oleh itu, sel-sel tumor dapat diarahkan untuk menghidupkan kitaran apoptosis, atau program sel mati terhadap sel-sel normal. Setakat ini, sebanyak 106 pesakit-pesakit kanser tahap lewat telah dirawati: 60 peratus masih hidup dan 30 peratus telah kembali bekerja dan hidup normal. “Pesakit-pesakit yang mempunyai kerumitan dalam kemoterapi dan terapi radiasi/ sinaran (radioterapi) mengalami kesuntukan masa dalam memberi tindak balas terhadap rawatan kita,” kata Dr. Vasishta, Ketua Penyelidik dalam kajian. Dengan menggunakan konventional MRI, frekuensi asli (atau medan elektromagnetik) tempat berkanser dapat dihitungkan. Kemudiannya, alat Cytotron akan digunakan bagi menghasilkan medan magnet. Ini bertujuan untuk menghasilkan gema (resonans) sel-sel berkanser dengan bantuan medan magnet. Hasilnya, penyelidik-penyelidik mempercayai bahawa protein penindas tumor, p53, dapat diaktifkan di mana ia dapat melaksanakan program sel mati dan memperhentikan pertumbuhan tumor. Kebiasaannya 28 sejam dalam satu sesi memandangkan masa banyak diberikan, walaupun terdapat sesetengah pesakit meminta rawatan-rawatan yang kurang agresif. “Kebanyakan pesakit telah tidak perlu bergantung kepada ubat penahan sakit lagi selepas pendedahan pada kali keempat, dan termasuk juga tidak perlu pengambilan morfin lagi,” kata Dr. Vasishta. “Apa yang menakjubkan ialah, pertumbuhan dan perkembangan tumor telah berhenti selepas 8 bulan, di mana tempoh penggandaan tumor adalah dalam 1 bulan.” Pengecutan tumor dengan dramatiknya adalah suatu keistimewaan terapi ini. “Salah satu pesakit saya yang menghidapi kanser hati, dikatakan tinggal beberapa minggu untuk hidup sebelum rawatan, telah sembuh dan hidup bahagia lebih setahun [kemudian],” kata Vishwanath Hiremath, pakar bedah onkologi di Mallya Hospital, Bangalor. “Apa yang menakjubkan ialah tumor besarnya yang tumbuh pada hatinya telah hilang dan kesakitan telah hilang,” kata beliau. Cytotron telah melakukan percubaan Fasa I dengan seramai 40 orang pesakit. Mr. Kumar dan Dr. Vasishta telah mengambil 100 orang pesakit untuk percubaan Fasa II kemudian. “Disebabkan Cytotron adalah sebuah alatan [dan bukan jenis ubatan yang memerlukan banyak percubaan dilakukan seperti Fasa III], maka kita akan mengkomersialkan kecanggihan teknologi ini dalam tempoh tiga tahun,” kata Mr. Kumar. Sesungguhnya, beliau telah memohon pengesahan alatan Cytotron ini dari Kesatuan Eropah. $250,000 sebuah mesin, Scalene Cybernetics telah membina lima buah buat setakat ini, kesemuanya sedang digunakan merata-rata. Kedua-dua mereka selalu dibanjiri dengan permintaan pesakit-pesakit mereka dan juga tawaran-tawaran pembiayaan. Rintangan penskalaan projek mereka diatasi dengan bantuan kertas kerja dari birokrasi, IAM menjadi sebuah unit Tentera Udara India. Penyelidik-penyelidik mereka telah berjaya merawati golongan penghidap pelbagai jenis kanser melainkan kanser pada tulang, darah, dan dada dengan penggunaan rawatan Cytotron. “Hasil baik yang ketara telah diperolehi untuk kanser otak dan paru-paru,” kata Mr. Kumar. Dalam percubaan Fasa II Cytotron ini, Dr. Hiremath dari Hospital Mallya berkata, penyelidik-penyelidik akan membuat analisis data dan mengkelaskan kadar peratusan tinggi jenis kanser yang memberi tindak balas yang terbaik terhadap RFQMR ini. Kelambatan Pengesanan Penyakit, Kos Rawatan Tinggi Dengan menggunakan pengesanan alat laser pada bendalir tubuh seperti darah dan air kencing daripada 274 orang, ia telah berjaya dalam mengesan dari pesakit kanser ke pesakit tanpa kanser, dan mengawal perkembangan dan regresi penyakit dengan ketepatan dan keberkesanan lebih 90 peratus ke atas, menurut Mr. Masilamani. Diagnosis laser juga berupaya dan telah berjaya dalam mengenalpasti 28 orang dari kumpulan lain tidak mempunyai sebarang ketumbuhan gumpalan atau bonggolan, tetapi didapati mempunyai tanda-tanda kemungkinan berkanser dan diikuti pemeriksaan lanjut. Mr. Masilamani berkata bahawa langkah seterusnya ialah memperkenalkan teknologi ini kepada Penyelidikan Perubatan Majlis Perbandaran India di Delhi bagi mendapatkan kelulusan untuk ujian klinikal yang lebih besar. Diagnostik Masila, sebagai alatan tambahan, akan ditambah dan bertindak sebagai alatan yang tidak invasif, alat diagnosis yang mudah dikawal yang berharga kurang daripada lima ringgit. Sememangnya penciptaan ini telah memberi harapan yang memeriahkan kepada banyak pusat kesihatan asas di negara-negara membangun. Mr. Masilamani pula berkata bahawa beliau bercadang untuk membuka sebuah pusat rawatan diagnostik di India, dan tidak ingin mencari perusahaan untuk mengkomersialkan teknologi ini merata-rata. |
||
| (c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox | ||