KANSER

English
KANSER/ BARAH/ NEOPLASIA

Kanser, nama perubatan dikenali sebagai neoplasma malignan, merujuk kepada satu kelas penyakit di mana sekumpulan sel-sel (populasi sel) menunjukkan ciri-ciri pertumbuhan luar kawal (pertumbuhan dan pembahagian luar kawal yang tumbuh seolah-olah tanpa sekatan), invasi/ pencerobohan tempatan (pembolosan dan kemusnahan terhadap tisu bersebelahan atau berdekatan), dan kadangkala metastasis jarak jauh(merebak ke tempat-tempat lain dalam badan melalui penembusan sistem limfa dan saluran darah, beredar melalui saluran darah, menular, dan kemudiannya menjajah tisu normal dimerata tubuh). Kebanyakan kanser akan membiak dan membentuk tumor, melainkan leukemia.

Get Flash to see this player.

 

Kanser boleh menyerang pada semua peringkat umur, termasuk juga fetus, tetapi risiko kanser semakin tinggi seiring dengan peningkatan usia. Jumlah kematian disebabkan kanser adalah sebanyak 13%. Menurut Persatuan Kanser Amerika, dianggarkan 7.6 juta kematian akibat kanser di seluruh dunia pada 2007. Selain daripada manusia, pelbagai jenis kanser juga berupaya menyerang haiwan dan tumbuhan lain.

Kanser adalah penyakit gen. Hampir kesemua kanser adalah dipuncakan oleh ketidaknormalan bahan baka (genetik) semasa pembezaaan sel-sel. Ketidaknormalan ini boleh dikaitkan dengan kesan-kesan karsinogen (pencipta barah), seperti asap rokok tembakau, radiasi, bahan kimia, atau agen-agen lain yang berjangkit. Faktor lain yang menyumbangkan ketidaknormalan genetik adalah kesilapan atau pemesongan berlaku semasa proses replikasi DNA, atau diwarisi secara genetik, dan wujud di dalam semua sel sejak kelahiran. Keinteraksian yang kompleks di antara karsinogen dan genom perumah dapat menerangkan kejadian pembentukan kanser selepas pendedahan kepada agen karsinogen umum. Aspek baru genetik dalam patogenesis kanser, sperti metilasi DNA dan microDNA semakin dikenali penting.

Biasanya beberapa mutasi diperlukan sebelum sel menjadi sel barah. Ketidaknormalan genetik dijumpai dalam kejadian kanser lazimnya membabitkan dua kelas gen-gen umum. Gen onkogen menggalakkan kanser apabila "terpasang" oleh mutasi, sedangkan gen penindas/ pembantut tumor menghalang kanser kecuali "dipadamkan" oleh mutasi. Penggalak kanser gen-gen onkogen sering diaktifkan dalam sel-sel kanser, membentuk cir-ciri baru bagi populasi sel ini, seperti mengaruhkan pertumbuhan dan pembahagian sel-sel secara hiperaktif dan tanpa had (immortalitization), mengelakkan apoptosis (program sel layu/ kematian), menghilangkan sempadan perlindungan tisu normal, dan membina keupayaan hidup dalam persekitaran tisu yang berlainan. Gen-gen penindas/ pembantut tumor sering dinyahaktifkan dalam sel-sel kanser, mengakibatkan gangguan fungsi-fungsi normal di dalam populasi sel ini, seperti kesilapan atau pemesongan berlaku semasa replikasi DNA, mengambilalih proses kitaran sel, orientasi dan pelekatan di dalam tisu-tisu, dan berinteraksi dengan sel-sel perlindungan sistem imun.

Kanser dikelaskan menurut jenis asal sel dan lokasi sel, berbeza dengan pengelasan jenis sel-sel normal, iaitu mengikut tempat lokasi dan histologi masing-masing. Kanser boleh disyaki oleh beberapa sebab (seperti tanda atau simptom timbul, atau melalui pemeriksaan imej radiografik ketidaknormalan sel), tetapi diagnosis mutlak bagi kebanyakan kanser malignan mesti disahkan melalui pemeriksaan mikroskopik sel kanser oleh anatomi patologi. Prosedur mengambil sel dan/atau cepisan tisu, dan pemeriksaannya, dirujuk sebagai biopsi. Kebanyakan kes kanser adalah dapat dirawati dan sesetengahnya dapat dipulihkan, ini bergantung kepada jenis, lokasi dan tahap kanser. Sebaik sahaja pemeriksaan dilakukan, rawatan kanser biasanya melibatkan pembedahan untuk membuang tumor dan nod limpa berhampiran yang mungkin dijangkiti kanser, digabung bersama kemoterapi dan terapi radiasi/ sinaran (radioterapi). Rawatan-rawatan kanser menjadi semakin khusus untuk pelbagai jenis kanser seiring dengan pembangunan penyelidikan dewasa ini. Usaha dalam perkembangan ubat-ubatan terapi yang bertindak khusus dan bersasar ke atas ketidaknormalan molekul-molekul untuk tumor tertentu telah semakin pesat di mana tahap kerosakan sel-sel normal dapat diminimumkan. Prognosis pesakit-pesakit kanser banyak bergantung kepada jenis, tahap atau perebakan kanser. Tambahan pula, penggredan histologi, kehadiran penanda-penanda molekul yang khusus dan penentuan rawatan-rawatan individu juga berguna dalam penghasilan prognosis.

Cytotron & Kanser

Teknologi RFQMR (Rotational Field Quantum Magnetic Resonance) menggunakan pendekatan yang cukup berbeza daripada kaedah rawatan kanser konventional. RFQMR menggunakan frekuensi radio atau sub-radio, kuasa rendah, tanpa pengionan, tanpa gelombang-gelombang elektromagnetik termal, berbeza dengan radioterapi yang menggunakan sinaran pengionan frekuensi yang amat tinggi. RFQMR tidak memusnahkan sel-sel kanser segera, tetapi bertindak secara membekalkan jumlah tenaga kecil kepada sel bagi menghentikan mitosis DNA luar kawal, meletakkan sel-sel pada keadaan vegetatif dan akhirnya sel-sel berkanser akan disingkirkan secara terkawal melalui mekanisme apoptosis kerana kesemua sel mempunyai keupayaan penyingkiran tersendiri dan beransur hilang selepas seketika.

Kajian-kajian klinikal menunjukkan bahawa perubahan potensi transmembran sel-sel mempunyai kesan ketara ke atas parameter-parameter sel , termasuk kepekatan ion. Penggunaan RFQMR (Cytotron) membantu meningkatkan potensi transmembran sel-sel kanser dari -20mV yang bermasalah ke julat -90mV yang sihat. Ia adalah dipercayai bahawa protein-protein p53 adalah diaruh menjadi aktif dan mitosis luar kawal sel dihentikan melalui penggunaan aplikasi RFQMR.

Kajian klinikal Fasa 1 telah dijalankan ke atas lebih daripada 100 pesakit-pesakit kanser tahap lewat di Institut Perubatan Angkasa Lepas di Bangalor, India antara tahun 2004 hingga 2006. Kesemua pesakit telah menjalani kesemua rawatan biasa digunakan seperti kemoterapi, radioterapi atau pembedahan sebelum mencuba dengan Rawatan Cytotron, namun kanser tetap melarat dan tidak dapat ditanggani dan diduga tinggal beberapa hari hingga beberapa bulan untuk hidup disebabkan penularan dan perebakan kanser. Antara pesakit-pesakit:

  • Penularan tumor bagi kebanyakan pesakit telah terhenti atau mengikut aliran berlawanan
  • 78.3% mempunyai simptom kelegaan (seperti penderitaan hilang, tidak memerlukan ubat tahan sakit lagi, berat badan tidak menyusut lagi dll)
  • Lebih daripada 58% dapat terus hidup lebih dari setahun
  • Lebih dari 33.3% kembali hidup normal dan bebas dari jangkitan selama 2 tahun
Memandangkan kesemua pesakit kanser tersebut adalah dijangka akan menemui ajalnya dalam tempoh terdekat sebelum dirawati dengan RFQMR, keputusan terapi Cytotron adalah begitu memuaskan dan menakjubkan. Ia adalah dipercayai bahawa pesakit-pesakit kanser yang masih pada tahap awal (dalam keadaan keseluruhan yang lebih baik, mempunyai sistem imun yang lebih kukuh dan tidak tertakluk kepada terapi-terapi toksik konventional yang mendatangkan kesan-kesan sampingan) akan mempunyai kesan positif yang lebih ketara.
(c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox