BERITA
English
BERITA
Berikut adalah koleksi-koleksi artikel tentang Cytotron terbitan dari pelbagai sumber di sekeliling dunia.

Indeks Berita
Harapan Sembuh (Mac 2008; The Star)
Cytotron - Harapan untuk Osteoartritis (Mei 2007; Global Business Magazine)
Harapan untuk Osteoartritis (April 2007; New Health 100)
Teknologi dalam Melenyapkan Kesakitan (Jan 2006; Living)
Rawatan Cytotron boleh buat Tuntutan Insurans di India (Mac 2007; The Tribune)
IAM Membangunkan Cara Baru untuk Rawatan Kanser (Mac 2006; Deccan Herald)
Keajaiban yang Perlu Anda Tahu (Newsweek Internation Edition)
Kanser: Rawatan Baru di India (April 2006; Red Herring)
Penemuan Penawar Tuntas Kanser (November 2004; City Reporter) (pdf)
Kerahmatan untuk Pesakit Kanser: Pesakit-pesakit Osteoartritis (Julai 2005; The Hindu)

Kerahmatan untuk Pesakit Kanser: Pesakit-pesakit Osteoartritis
The Hindu - Selasa, Julai 12, 2005
Karnataka - Bangalore

BANGALORE: Terapi ini mampu menjadi suatu gemparan dalam perkembangan bidang kejuruteraan tisu dan kerahmatan untuk pesakit-pesakit kanser dan osteoartritis.

Kajian Lanjutan dan Pembangunan (CARD) dari Institut Perubatan Angkasa Lepas (IAM) yang terdiri daripada Tentera Udara India dan Bangalore telah bermula sebuah projek dalam mengkaji keberkesanan gelombang elektromagnetik yang berkuasa tinggi dalam rawatan kanser peringkat lewat.

Daripada 50 pesakit-pesakit kanser peringkat lewat yang terlibat dalam sebuah projek bermula pada Julai 2004, terdapat 35 orang telah dirawati dan bersembuh setakat ini. Manakala, 20 orang pula telah kembali bekerja. Kata doktor okologi, mereka akan mati dalam tempoh terdekat dan tinggal beberapa minggu sahaja untuk hidup dan telah dihantar pulang memandangkan keadaan mereka adalah pada tahap kronik dan tidak dapat dirawati.

Pesakit-pesakit telah menderita dari kesan-kesan sampingan buruk yang berpunca daripada rawatan-rawatan kemoterapi dan radioterapi (terapi sinaran) seperti kesakitan, keguguran rambut dan hilang selera makan. Berbeza daripada rawatan-rawatan ini, kaedah baru ini adalah tidak invasif dan tidak menyakiti.

"Hasil-hasil rawatan yang didapati amat menggalakkan," kata Komander V.G. Vasistha, Ketua Jabatan Radiologi di IAM dan Ketua Penyiasat projek ini. Rajah Vijay Kumar CARD ialah Penyiasat Bersama.

CARD telah membentuk sebuah alatan "Cytotron" bersama sokongan teknikal oleh IAM, di mana ia dapat menyampaikan gelombang resonans kuantum magnetik yang berintensiti tinggi (seperti apa yang dilakukan oleh mesin MRI) dari 288 pucuk senapang-senapang yang tertumpu pada tisu tertentu.

Melalui kaedah baru "Kuantum Magnetik Resonans Nuklear Berputar (RFQMR)," gelombang-gelombangnya akan digunakan untuk menyelaraskan pembahagian sel supaya pembahagian atau pertumbuhan sel-sel dapat diperangkap dan dikawal.

Menurut Wg. Cdr. Vasistha, untuk kes kanser, gelombang-gelombang tersebut adalah dikawal secara elektronik bagi menangkap mitosis pembelahan sel-sel yang cepat dan memusnahkan tumor (ketumbuhan) dengan melalui penyelarasan frekuensinya yang khusus.

Untuk pesakit-pesakit Osteoartritis, gelombang-gelombangnya akan ditujukan ke arah bahagian terlibat (lutut) dalam jumlah pendedahan yang tertentu yang akan mengeluarkan isyarat penjanaan tulang rawan.

"Kami sedang mengendalikan percubaan-percubaan klinikal Fasa 1 di mana hanya memilih pesakit-pesakit kanser tahap lewat dan kritikal. Mereka telah menderita dan mengeluh penat mencuba rawatan-rawatan lain seperti pembedahan, radioterapi (terapi sinaran) dan kemoterapi, dan RFQMR adalah pilihan terakhir untuk mereka. Kriteria lain adalah bahagian tumor (ketumbuhan) perlulah diletakkan setempat dengan gelombang-gelombang untuk mensasarkan tisu tertentu dalam tubuh yang membiak dengan pantas untuk memusnahkannya. Kita telah banyak menggunakan terapi ini untuk merawati pelbagai jenis kanser, termasuk penyakit-penyakit kanser pada paru-paru, otak, hati, perut, ovari, pankreas dan esofagus," Wg. Cdr. Vasistha berkata.

Salah satu pesakit daripada kesemua ini, adalah seorang pakar Tekak, Telinga dan hidung (ENT - Ear Nose Throat), telah datang mengkunjungi IAM untuk merawat tumor otaknya pada bulan Oktober tahun lepas.

Dia pernah menjalani pembedahan sebelum ini dan sebahagian tumor (ketumbuhan) telah dihambat dan dibuangkan. Di sepanjang rawatan radioterapi (terapi sinaran), tumor tetap bertumbuh dan merebak (metastasis) dan pesakit mengalami kelumpuhan. Setelah didedahkan kepada gelombang-gelombang RFQMR, tumor (ketumbuhan) telah berjaya dihambat dan dia telah kembali gagah berseri, Wg. Cdr. Vasistha berkata.

Pesakit-pesakit adalah terdedah di bawah getaran tenaga gelombang-gelombang selama satu jam setiap hari dalam 28 hari berterusan. Hampir kesemua pesakit bebas daripada impak kesakitan selepas beberapa hari.

Projek Osteoartritis

Pada peringkat awal dahulu, IAM telah menjalankan sebuah projek untuk merawat 120 orang pesakit yang menderita dari Osteoartritis. Setelah dirawati dengan RFQMR, kesemua pesakit merasakan kelegaan selepas menjalani lima kali pendedahan rawatan dan telah mampu berjalan jauh seketika. Penemuan-penemuan projek ini telah didokumenkan dan dicetak ke dalam sebuah jurnal saintifik, Wg. Cdr. Vasistha berkata.

 
(c) 2008 Hakcipta Terpelihara. Care Nexus Sdn Bhd. Untuk kejelasan paparan, sila pakai Internet Explorer atau Firefox